Monday, February 15, 2010

BAGAN DATOH..

WARGA CINA DIRAIKAN DENGAN SUMBANGAN HAMPER


Warga emas, ibu tunggal dan warga miskin masyarakat Cina di Bagan Sungai Tiang Baruh, Kg. Sungai Burung dan Bagan Ikan di DUN Rungkup diraikan PAS Kawasan Bagan Datoh dalam satu majlis pemberian hamper Tahun Barun Cina Jumaat lepas. Walaupun pemberian tidak seberapa, namun ia amat berarti sekali. Mereka amat menghargai keprihatinan PAS terhadap golongan ini. Dalam ucapan ringkas saya sebagai YDP Bagan Datoh dalam majlis tersebut, saya menyatakan bahawa semua rakyat di Malaysia tanpa mengira fahaman agama, kaum dan politik adalah berhak menikmati apa yang dinikmati orang lain. Justeru PAS amat simpati dengan nasib warga tua, ibu tunggal dan golongan miskin yang sering diabaikan.

Saya juga mengharapkan Tahun Baru Cina yang menjadikan Harimau sebagai simbol perayaan kali ini hendaklah menjadi kekuatan dan keberanian masyarakat Cina untuk melakukan perubahan politik pada masa akan datang supaya nasib mereka akan lebih terbela.

Mengakhiri ucapan saya memetik beberapa ungkapan bahasa Cina bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Ungkapan tersebut disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment