Tuesday, January 12, 2010

Isu Kalimah Allah: NGO2 Melayu Tolak Pendapat Yusuf Qardhawi?

Isu Kalimah Allah: NGO2 Melayu Tolak Pendapat Yusuf Qardhawi?
Rupa-rupanya, isu penggunaan kalimah Allah telah pun dibincang bersama Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu kedatangan Sheikh Yusuf sempena Maal Hijrah di Malaysia. Dan beberapa pimpinan besar NGO2 Islam dan Melayu telah menghadziri perjumpaan tersebut.
SHEIKH YUSUF TIDAK MENENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG KRISTIAN

Di dalam perjumpaan tertutup tersebut, para wakil2 NGO Islam telah diberitahu bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dibenarkan oleh Islam. Sheikh Yusuf menyatakan bahawa Islam tidak mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan agama samawi khususnya orang Kristian dan Yahudi.

Sheikh Yusuf juga berkata bahawa penggunaan nama Allah oleh orang Kristian berlaku di seluruh negara Arab dan negara umat2 Islam. Ia bukan satu benda yang menghairankan.

Namun, para NGO2 Islam dan Melayu ini tetap berkeras menolak ijtihad Sheikh Yusuf Qardhawi ini. Alasan mereka gunakan hanyalah alasan bahawa keadaan di Malaysia lain dari tempat-tempat lain. Namun, mereka tidak dapat memberikan apa-apa hujjah lain melainkan hujjah-hujjah sebegini.

SEMUA ALASAN MENOLAK TIDAK BERASASKAN KEPADA ISLAM

Sedar atau tidak, tiada nas atau hujjah berasaskan Islam yang diberikan oleh mana-mana NGO Islam bagi menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
Sekali lagi saya sebut, TIADA. Saya ambil contoh ABIM. Kalau kita rujuk kenyataan umum mereka berkenaan isu ini, alasan yang mereka gunakan hanyalah alasan peruntukan PErlembagaan Malaysia. Saya petik:

“ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik.. “.

Ertinya penolakan ABIM dan NGO2 Islam yang lain BUKAN BERASASKAN KEPADA ISLAM. Kita tidak tahu apa alasan mereka menolak penggunaan kalimah Allah ini tapi yang pastinya ia tidak berdasarkan kepada Islam.
MEreka sehingga sanggup menolak mentah-mentah pendapat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi sendiri.

UMNO dan JAKIM DALANG SEBENAR DI BELAKANG NGO-NGO ISLAM

Dari email yang saya pernah dapat dari Mahaguru58 menunjukkan bahawa Zahid Hamidi, dan JAKIM, telah berkempen atas isu ini sejak awal 2009 lagi. Mereka telah mengumpulkan kesemua NGO2 dan BLOGGERS bagi memberi “penerangan” (kononnya) berkenaan dengan isu Kalimah Allah ini.

Hakikatnya, ianya adalah penipuan dan muslihat UMNO semata-mata. Mengapa kempen JAKIM ini dilakukan secara agresif hanya selepas kekalahan teruk UMNO pada Mac 2008? Mengapa sebelum itu JAKIM tidak berkempen dengan agresif dalam isu ini?

Malangnya NGO-NGO Islam seperti ABIM ini mudah sangat ditipu oleh UMNO. Saya masih tak boleh lupa bagaimana ABIM telah menipu PAS dengan mengajurkan forum berkenaan Palestin sewaktu arwah Ustaz Fadzil masih hidup. Program yang telah berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah memberi keuntungan yang besar kepada UMNO. Saya tak tahulah apa balasan yang telah diberikan oleh ABIM kepada UMNO namun saya yakin balasan dari UMNO itu adalah lumayan.

Bagi saya ABIM ini hanya barua UMNO dan mereka tidak boleh dipercayai langsung. Lebih baik semua umat Islam memulaukan ABIM kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperjuangkan nasionalisma Melayu semata-mata.

Juga, kalau JAKIM benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan Islam,mengapa mereka bekerjasama dengan Mahaguru58/MBA? Mahaguru58 sendiri mengakui beliau mengikut tariqat yang disesatkan oleh JAKIM.

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment