Saturday, September 26, 2009

Seperti Puasa Selama Setahun..



Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:
"
Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung
dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan
telah berpuasa selama setahun"

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan
berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan
peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal
ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja
untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu
dengan berpuasa enam.
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad
itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga
disediakan kepada orang2 yang mengejar nikmat dan kemurahan
Allah taala sepanjang hidup ini.Puasa 6 inilah sebagai tanda aras
terhadap iman hambaNya,kerana perkara yang sunat tidak berlaku
perebutan untuk melakukan nya dikalanagn umat manusia masakini.
Maka sudah pastilah ganjaran yang diterima oleh mereka
yang melakukannya sesuai dengan apa yang diberikan oleh Allah.

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment