Tuesday, December 22, 2009

AJK MASJID DIROMBAK...NEGERI RAMPAS ..MASJID PUN RAMPAS!!!!!

PERLANTIKKAN JAWATANKUASA MASJID (QARYAH) DI PERAK - PR LEBIH ADIL DARI BN

Kerajaan PR sewaktu memegang tampuk pemerintahan Perak telah mengemukakan satu cadangan yang cukup adil dalam perlantikkan Jawatankuasa Qaryah seluruh masjid di Perak. Dalam cadangan yang dikemukakan oleh PR, ahli-ahli jawatankuasa hendaklah terdiri sama banyak antara penyokong PR dan BN. Ini adalah untuk mengelakkan perpecahan.

PR tidak mahu masjid menjadi punca perpecahan, cadangan ini dipersetujui oleh Penghulu, Pegawai Tadbir Agama dan Orang Besar Jajajahn yang diberi tanggungjawab mengurus perlantikan dengan dibantu oleh Ketua-ketua Kampung PR. Apabila proses pemilihan ini selesai, nama-nama tersebut dikemukakan kepada Majlis Agama Islam, Tuanku Raja Muda Perak selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Perak turut berkenan dengan cadangan ini. Belum sempat cadangan ini diluluskan oleh Majlis Agama Islam, berlaku rampasan kuasa di Perak angkara pengkhianatan oleh tiga orang ADUN Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.

Perlantikkan tertangguh sehinggalah UMNO BN mengubah keputusan terdahulu dengan menapis serta menyingkir beberapa penyokong PR samada dari PAS atau PKR daripada menganggotai Jawatankuasa Masjid. Ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat mereka campurtangan dan menentukan dalam urusan perlantikkan Jawatankuasa Masjid. Berbeza sama sekali dengan amalan PR, di mana pimpinan PAS dan PKR sekadar memastikan perlantikkan Jawatankuasa masjid adalah sebagaimana yang dipersetujui iaitu jumlah ahli jawatankuasa hendaklah sama ramai bilangannya antara penyokong PR dengan BN.

Dalam perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Qaryah, beberapa ahli UMNO termasuk beberapa wakil rakyat BN tetap kekal sebagai Pengerusinya, hanya sekiranya mereka tidak ada kelayakan kerana masalah peribadi, tidak pernah ke masjid dan tidak ada akhlak Islam, barulah mereka diganti dengan mereka yang benar-benar berkelayakkan.

Apa yang UMNO BN lakukan hari ini jelas menunjukkan bahawa merekalah penaja kepada perpecahan selama ini. Masjid digunakan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Terbukti, mana-mana masjid yang dikuasai oleh penyokong-penyokong PAS ternyata lebih hidup dan imarah berbanding dengan masjid yang dikuasai oleh UMNO. Masjid tersebut mati dan sunyi, majlis pengajian tidak dihidupkan. Dan inilah yang UMNO BN mahu, apabila pengajian di masjid tidak berjalan, rakyat akan tetap jahil dalam menguasai ilmu-ilmu agama, bila rakyat jahil, mudahlah UMNO BN memperbodohkan mereka sehingga rakyat ikut sahaja telunjuk UMNO BN.

Rakyat wajar dan wajib bangun memprotes proses perlantikkan yang seumpama ini. Masjid-masjid akan mati apabila ditadbir oleh mereka yang tidak mendahulukan akhirat dan agama. Sudahlah hak rakyat memilih kerajaan yang sah dalam pilihanraya lalu dirampas secara kotor dan jijik oleh UMNO BN, kini masjid sebagai institusi agama yang paling mulia juga dirampas oleh mereka.

Sejarah telah membuktikan pemimpin UMNO BNlah yang paling biadab terhadap Islam dan para ulamanya. Ulama-ulama yang ada kelayakan dan kemampuan menyampaikan Islam dengan baik di masjid disekat oleh mereka. Inilah UMNO dulu kini dan selamanya anti Islam sepanjang zaman.

Ini menunjukkan UMNOlah yang

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment