Tuesday, December 15, 2009

Konspirasi jahat Mufti dan Umno


Isnin, Disember 14, 2009
Konspirasi jahat Mufti dan Umno
Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Baca di sini

Ada orang bertanya saya: Siapa yang perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar , Umno atau PAS?

Saya jawab : Mufti sendirilah yang perlu kembali kepada ajaran Islam!Ya, Mufti apa buat bila Najib secara senyap2 telah memberi kepada tiga syarikat judi 10 lagi (kebenaran) “Cabutan Bertuah” dalam setahun? [ KLIK DI SINI ]Mufti membuta makan gaji hampir RM17 ribu sebulan hinggakan premis judi disekitar bandar Ipoh yang berselerak merata-rata pun dia tak nampak.

Wahai Tok Mufti, Negara seperti Russia yang berideologikan komunis, tidak percayakan ugama dan tuhan boleh tutup 254 kasino dan ribuan mesen slot judi , apa jadahnya Satu Malaysia, mengaku Islam sebagai ugama resmi, negara yang punyai bilangan Mufti paling ramai dalam dunia, Najib tidak boleh tutup kasino yang hanya satu tu? Sebab apa? Rasa-rasanya lebih elok tidak ada Mufti dalam negara ini kalau peranan mufti hanya makan dan tidor sahaja!

Para pemimpin Umno/BN begitu terkenal rakus makan wang rasuah dan wang judi serta begitu gemar melakukan pelbagai macam kerja mungkar.Pemimpin Umno ambil rasuah RM400 juta, tidak perlu siasat sebab dinamakan itu duit komisyen. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati.

Tok Mufti buta perut dan mata hati bila Bukit Genting diserah pada tauke judi . Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Tauke - tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Apa Tok Mufti buat?

Perjuangan Islam Umno hanyalah propaganda demikepentingan politik mereka sahaja.Tok Mufti berkonspirasi dengan Umno atas nama kepentingan Melayu, bukannya atas nama Islam./ end
Baca lagi......

1 Comment:

musafirlalu said...

Itulah sikapnya apabila mufti pun bersifat assobiah. Daripada mufti yang paling disegani dan dihormati di Malaysia, kini menjadi mufti yang sama taraf dengan guru agama disekolah rendah. Mungkin guru agama sekolah rendah lebih baik daripada tok mufti kita. Jadi jalan terbaik bagi tok mufti kita ini ialah dengan meletakan jawatan yang gajinya dibayar dari hasil rakyat dan menyertai UmeNo.Boleh jadi ketua biro agama UmeNo, tetapi yang pasti tok mufti kita tak akan melepaskan jawatannya kerana tiap2 bulan makan gaji buta apatah lagi mufti bertaraf exco....... elaun banyak tu dan ada drebar lagi. Mana sanggup buang harta dunia dan inilah ciri-cirinya orang yang sanggup menjual agamanya dengan harga murah.

Post a Comment | Feed

Post a Comment