Wednesday, September 16, 2009

Eksklusif: Bonus RM500, Kakitangan Kerajaan Di Negeri Pakatan Rakyat Dapat Tambahan Bayaran Bonus RM500, Apa Cerita Mereka Dari Negeri BN !

Ramai kakitangan awam, nyata tidak berpuas hati dengan pemberian bonus RM500 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka menganggap, keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu jelas sekali melambangkan bahawa jasa mereka tidak dihargai sepenuhnya. Walhal, semenjak Najib Razak menjadi Perdana Menteri Mac lalu merekalah yang telah bertungkus lumus melaksanakan agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah bayaran RM500 itu pula dibuat dalam dua kali bayaran iaitu sebelum hari raya dan sebelum buka sekolah awal tahun depan. Ini bermakna mereka hanya menerima duit raya sebanyak RM250 sahaja pada tahun ini. Susulan daripada itu, beberapa orang kakitangan awam yang ditemui nyata kecewa dengan senario tersebut. Tambahan pula kerajaan baru sahaja memberi bebanan kepada mereka susulan kenaikan harga minyak sekarang ini. Malahan bagi mereka yang bakal pulang ke kampung halaman menaiki bas pula, mereka juga bakal terbeban dengan sur caj 30% yang dibuat oleh kerajaan sebelum raya tahun lepas yang akhirnya dijadikan kenaikan kadar tambang kenderaan awam itu. Semua ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak prihatin dengan nasib golongan terbabit sebenarnya. Mereka hanya digunakan ketika perlu sahaja, dan tidak diutamakan ketika mereka pula amat memerlukan bantuan kewangan tersebut.

Apalah yang dapat dilakukan sangat dengan wang sebanyak RM250 itu, jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi hari ini. Biarpun kakitangan awam kecewa dengan perkembangan ini, namun lain pula jadinya dengan mereka yang bertugas di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Difahamkan, tiga negeri terbabit setakat ini iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing telah mengumumkan pemberian bonus RM500 lagi kepada kakitangan terbabit. Ini bermakna mereka akan mendapat tambahan RM500 yang keseluruhannya berjumlah RM1,000. Tambah menarik lagi bonus tambahan itu bakal diberikan sekali gus RM500 menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Ini bermakna mereka bakal menerima RM750, iaitu RM250 diberikan oleh kerajaan pusat dan bakinya oleh kerajaan negeri. Soalnya sekarang, disaat Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba apa pula ceritanya kerajaan negeri BN sekarang?. Amat memalukan bila mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang disekat peruntukan kerajaan pusat dapat memberikan kebajikan kepada kakitangan mereka. Sedangkan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN yang menadapat berbagai peruntukan kerajaan, gagal untuk memberi "duit raya" kepada kakitangan awam.

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment