PAS Cabar Media Perdana Dedah Video Kenyataan TGNA
PAS dalam sidang akhbarnya di Markas Induk PRK N11 pagi ini mencabar media perdana yang terlibat dalam memutar belitkan kenyataan TGNA berkenaan dengan isu "Ahli UMNO Tidak Akan Masuk Syurga" supaya menyiarkan rakaman penuh kenyataan TGNA yang dikatakan itu.Salahudin Ayub dalam kenyataan akhbarnya pagi tadi menjelaskan kepada wartawan bahawa apa yang disiarkan oleh media perdana (televisyen) sebelum ini hanyalah gambar TGNA beserta dengan "quot" kenyataan TGNA yang telah diputar belitkan tetapi bukanlah rakaman video yang membuktikan kenyataan TGNA tersebut.
Dalam kenyataannya juga, Salahudin Ayub mencabar media berkenaan supaya menyiarkan rakaman tersebut atau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Dalam sidang tersebut, seorang wartawan juga bertanyakan soalan mengapakah menjadi satu "trend" sekarang dimana parti-parti politik baik PR mahupun UMNO cenderung untuk menyaman media-media perdana dan jawab Salahudin Ayub, PAS selama ini cukup-cukup mesra dengan media tetapi ada pihak media yang mengambil kesempatan dalam hal ini dengan memutar belitkan beberapa isu dan tindakan menyaman adalah untuk membetulkan keadaan.
Kita tidak akan menyaman pihak media jika pihak media sedia untuk menyiarkan apa yang sebenarnya dinyatakan tetapi jika sebaliknya berlaku, ia adalah tindakan terakhir supaya media lebih bertanggung jawab dalam menyiarkan kenyataan dari mana-mana pemimpin.
0 ulasan: