Friday, August 21, 2009

(5) Bloggers @ Permatang Pasir : 3 lori lembu mati untuk undi BN ?

Kelmarin wak dalam perjalanan ke Bilik Gerakan, jumpa 3 buah lori sarat berisi 'lembu'. Seronok lembu-lembu naik lori. Sambil jalan-jalan atas highway...!

Bila berselisih dengan lori yg bawak lembu2 tu, muka lembu atas lori macam susah hati, patutnya tunjuk ler muka 'happy' kan, dah org bawak jalan-jalan..tapi hangpa tengok ajer lah muka lembu tu..ada macam muka Umno kaa ? Cemas tak tentu pasal..!!

Pagi ni wak gerak ke Bilik Gerakan, terserempak dengan banyak 'banner' ni, hangpa faham ke kaitan 'lembu' dengan 'banner' yang hangpa tengok tu ? Patut ler 'lembu' susah hati, rupanya Umno nak bikin kenduri lepas solat Jumaat ni di Permatang Pasir.

Maka terkorbanlah 'lembu-lembu' kerana undi, 3 lori beb ! Gula-gula manis Umno-BN bukan sekadar kurma, kain telekung dan duit, BN makin terdesak..seumpama terdesaknya calon mereka yg dimalukan sendiri oleh rakan baiknya sendiri. Okay..lepas wak wawancara LIVE calon untuk siaran pagi ni, wak sambung update blog..salam dari wak albanjari.

PAS FOR ALL !! Undi Calon PAS

0 ulasan:

Post a Comment | Feed

Post a Comment