Sunday, August 14, 2011

Sambutan Badar Qubro

Pas kawasan Bagan Datoh akan mengadakan sambutan Badar Qubro bersama Yb Salahuddin Ayub

Tarikh : 15Ramadhan/15ogos 2011

Masa : 5.00 ptg- 12.00 mlm

Tempat : Markaz pas Selekoh

Aturcara : 5.00ptg : Lawatan/Taklimat Bilik Gerakan MTD N53 Rungkup

6.30Ptg : Majlis berbuka Puasa

7.45 mlm :Solat magrib berjamaah

8.00-930Mlm :Tazkirah Ramadhan

8.45 mlm : Solat Isyak Berjamaah.

9.00 - 12 Mlm : Ceramah Badar Qubra Oleh:


1. Ydp pas kawasan Bagan Datoh(Utz Misbahul Munir)

2. Timbalan Presadin Pas (Yb Salahuddin Ayub)


Ahli Pas, Muslimin Muslimat Dijemput Hadir

Sunday, June 20, 2010

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Kepada semua warga Bagan Datoh...Pas kawasan mengucapkan selamat beribadat di bulan Rejab..bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan:

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Pak Jib(Bapa Judi Sukan)...lawat B.datoh





20hbjun....Bagan Datoh

pak Jib DAtang ke B.Datoh...Apa warga bagan datoh dapat.....Jalan tar sikit...kedai2 dapat bedak sikit...yang pasti..kebanyakan peniaga merunggut sebab tempat mereka berniaga..sudah dikuasai oleh Pak Jib...Masjid2 seluruh kaw B.Datoh lengang...yg tinggal pak imam ,bilal,dan jamaah yg tak cenderung kepada kezaliman dan kemungkaran.yang lain teruja.sambut bapak judi sukan...bala...bala

Saturday, May 29, 2010

Lawatan Dato;Seri Nizar ke Bagan Datoh....Meriah..

























29hb5...Bagan Datoh..

Seluruh warga Bagan Datoh amat berbangga dan bertuah atas kesudian Dato'Seri Ir Nizar Mb Perak ke10 yang sah atas lawatan beliau dan rombongan ke kaw.Bagan datoh..

Lawatan bermula di Simpang 4.beramah mesra sambil menyebarkan risalah Pakatan Rakyat di kedai2 kawasan Spg.4..kemudian terus ka Bt.20 ,seterusnya konvoi bergerak ke rumah awam B.Datoh ...Dato'seri menyampaikan sumbangan..,seterusnya Dato'Seri melawat pasar malam B.Datoh ..berpusu2 warga B.Datoh menemui Dato'Seri....seterusnya Dato'Seri menunaikan solat Magrib di Masjid Rungkup kecil dan menyampaikan tazkirah, dalam perjalanan ke tempat ceramah di rimah Ariffin Bt.20 ,rombongan Dato'Seri sempat singgah ziarah Alyahraham Tn.Hj Hamzah,ayah kepada Dato'Hj Hassan,seterusnya Dato'Seri mengahiri lawatan dengan memberi ceramah di perkarangan rumah Tn Hj Ariffin di Bt.20..

kami seluruh warga Bagan Datoh amat bersyukur atas kunjungan Dato'Seri...yang serba sedikit dapat menyuntik semangat perjuangan ....

Friday, May 21, 2010

PPD HILIR PERAK DIPERKUDA UMNO??????


21/5/2010:BAGAN DATOH..

SATU LAGI SALAH GUNA KUASA UMNO BN,
MEMPERGUNAKAN PPD UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.....

APAKAH MEREKA SUDAH HILANG POPULARITI HINGGA SANGGUP MENGUNAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN DEMI MERAIH POPULAR.......

Monday, May 17, 2010

Sabtu, Mei 15, 2010

Judi bola: Umno bawa negara mundur ke belakang — Abdul Hadi Awang


May 14, 201014 MEI — Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

Sunday, May 9, 2010

kursus jurulatih utama(ju)


09/05/2010. ipoh

Hari ini pas kawasan b.datoh telah menghantar 2 orang peserta ke kursus Jurulatih utama(ju) bertempat di Pejabat Pehubungan pas Perak di Ipoh.

Monday, May 3, 2010

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI-PERTAMA KAWASAN BAGAN DATOH










Publish Post













02-05-2010, BAGAN DATOH,

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI-PERTAMA TELAH BERJAYA DISEMPURNAKAN PADA HARI AHAD(02-05-2010),BERTEMPAT DI PERKARANNGAN RUMAH TN.HJ ARIFFIN DI PT.1 ,BT.20.

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN KETUA2 TIGA PARTI BAGI KAWASAN B.DATOH IAITU:UTZ.MISBAHUL(PAS),sDR.MAT ZIE(PKR) ,SDR LEE CHUN SHUI(DAP),
MAJLIS SETERUSNYA IAITU UCAPAN/PIDATO 3 WAKIL PARTI DALAM PR,IAITU:YB.DR.HATTA RAMLI(PAS),KPTN.USALI(PKR) DAN YB.NGAH KO MENG(DAP),

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SESI DILOG DENGAN AHLI-AHLI TIGA PARTI DALAM PR.

MAJLIS DI AKHIRI DENGAN MENANDATANGANI PERSEFAHAMAN PADA PLAK OLEH:UTZ.MISBAHUL MUNIR(PAS),SDR.MAT ZIE(PKR) DAN SDR.LEE CHUN SHUI(DAP).